July 23, 2012

Ramadan 1433H

Assalamualaikum. :)



Third day of fasting. Alhamdulillah, masih mampu bertahan. Hihi. Lapar tu biasa la kan. Abah kata siapa yang tak lapar tu tak puasa la maknanya. Kan kan. ;) Tahun ni, puasa fully kat rumah. Perghh. Seronoknya tak terhingga. Ni la salah satu sebab aku taknak ambik short sem. Sebab nak puasa kat rumah. Hehe. Hari-hari berbuka dengan masakan ibu. Or abah. Heaven nyaaaaa. :D

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: 
"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum itu."

Conclusion is, kita ni puasa kena la ikhlas. Baru la dapat berkat. :) Lagi satu, puasa ni bukan setakat tahan lapar dan dahaga je. Semua kena tahan, semua nak kena jaga. Jaga pandangan, jaga hati, jaga percakapan, semua laa. Jangan nak lagha sangat. Hihi. And, kita kena bersederhana in everything. Paling utama, time berbuka tu, jangan laa nak gelojoh sangat. Semua nak makan mana boleh kan. Kalau pegi bazaar tu, bawak-bawak la bertenang. Jangan ikut nafsu lapar tu sangat. Dugaan semata-mata tu. Hehe. ;D